Jumaat, 28 Ogos 2015

DUA WANITA PAKAI TUDUNG TETAPI BERSELUAR PENDEK DI KENAL PASTI


DUA WANITA PAKAI TUDUNG TETAPI BERSELUAR PENDEK DI KENAL PASTI



Beberapa gambar yang menunjukkan dua wanita yang memakai tudung tetapi berseluar pendek sehingga menampakkan paha telah tersebar meluas di laman sosial.

Motif dua wanita tersebut berpakaian sedemikian di sebuah kompleks beli-belah di Sibu tidak pula diketahui tetapi ia jelas menghina agama Islam yang suci.

Seorang pekerja Parkson, Umiq menyatakan dua wanita terbabit bukan orang tempatan tetapi warganegara China yang datang melancong ke Malaysia.

Ada seorang lelaki dikatakan telah menegur perbuatan dua wanita itu tetapi dengan tanpa sebarang rasa bersalah, mereka memberikan alasan mereka pelancong China dan enggan mempedulikan teguran lelaki tersebut.

Sumber: kisahcool

0 ulasan:

Catat Ulasan