Ahad, 11 Januari 2015

GAMBAR SELFIE PAK NIL BERSAMA KIM KARDASHIANS YANG TENGAH VIRAL !


Pembuka lembaran 2015 menjadi indah buat Datuk Aznil Nawawi kerana berpeluang ke Los Angeles sejak 7 hingga 14 Januari ini.

Beliau ke sana seorg diri atas jemputan NBC Universal untk acara anjuran International Press Junket. Acara itu bertujuan memperkenalkan program musim baharu seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.

Kesempatan indah itu dimanfaatkannya untk bergambar dengan personaliti serta selebriti popular seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.


"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah.

"Biarpun gementar dengan keupayaan saya untk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.


"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yg akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah org nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.

Menurut Aznil lagi, penyanyi Christina akan tampil dengan program realiti sendiri dipanggil Christina Milian Turned Up yg akan bersiaran di Channel E! mulai 18 Januari ini.

"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yg akn ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah org nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.


"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence. Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.

"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yg kedua-duanya mengacarakan Fashion Police," katanya yg akn menghadiri Golden Globe Awards Ahad ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan