Rabu, 14 Januari 2015

NGERI!!! POTONG KEMALUAN SUAMI DUA KALI.


Seorang wanita bertindak agresif dengan memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang dengan seorang gadis berusia 21 tahun.

Selepas membaca mesej dalam telefon bimbit, Feng Lung bertindak memotong alat sulit suaminya, Fan Lung menggunakan sebilah gunting semasa dia sedang tidur.

CHINA- Lelaki itu kemudiannya dikejarkan ke wad kecemasan di mana para doktor berjaya menyambung semula alat kelaminnya.

Feng yang masih berang dengan tindakan suaminya, menyelinap ke hospital dan sekali lagi memotong kemaluan Fan sebelum mencampaknya ke luar tingkap.

Namun Fan tidak mampu bersabar dengan kerenah isterinya, terus mengejar Feng ke luar hospital dalam keadaan berbogel dan memukul wanita itu di hadapan orang ramai.

Feng Lung kini dalam tahanan pihak berkuasa dan bakal berdepan dakwaan mencederakan suami secara sengaja.

Pihak hospital walaubagaimanapun tidak dapat mencari zakar Fan Lung yang dilontar ke luar tingkap. Doktor mempercayai bahawa alat sulit itu telah dilarikan atau dimakan haiwan liar.

“Fan Lung kini berada dalam keadaan stabil tetapi emosinya agak terganggu,” terang jurucakap hospital.

Pasangan tersebut mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

0 ulasan:

Catat Ulasan